::Gambar kanak-kanak prasekolah ketika aktiviti menghasilkan bunga Cina hiasan daripada tisu::
Tema: Tumbuh-Tumbuhan (Bunga) Aktiviti: Bunga Cina
Selamat datang ke blog saya. Salam 1 Malaysia.....
Tujuan blog ini dibina untuk tugasan KRT 3013 UPSI....
Terima kasih kerana melawat blog saya......
Buai laju-laju,
Sampai hujung sana,
Apa dalam baju,
Sekuntum bunga Cina.
Sunday, 11 November 2012
Seni Kraft kanak-kanak
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari ini saya ingin menegaskan bahawa penggunaan gajet-gajet terkini di kalangan kanak-kanak seharusnya dikawal. Ini kerana, jika kita lihat kanak-kanak sekarang terlalu leka dengan pelbagai peranti elektronik sehingga menghabiskan masa berjam-jam di hadapan permainan komputer. Keadaan ini juga sedikit sebanyak menyebabkan banyak permainan tradisional seperti congkak, galah panjang dan teng teng semakin dilupakan. Kanak-kanak pada hari ini juga tidak ramai yan mahir membuat seni kraftangan yang mudah seperti membuat mangkuk daripada kertas suratkhabar atau pun bekas mengisi pensel. Ini kerana, mereka tidak diberi pendedahan tentang seni kraftangan sama ada seni gubahan tradisional atau pun moden. Jadi, hari ini saya ingin menunjukkan gambar-gambar gubahan bunga Cina hiasan yang telah dibuat oleh murid-murid Pra Anggun SK Seri Songsang dan juga video Upin dan Ipin membuat kad ucapan Hari Ibu. Selamat menonton.
::Gambar kanak-kanak prasekolah ketika aktiviti menghasilkan bunga Cina hiasan daripada tisu::
::Gambar kanak-kanak prasekolah ketika aktiviti menghasilkan bunga Cina hiasan daripada tisu::
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment